PRK MANEK URAI : UMNO DAKWA PIKAT LEBIH 5,900 PENGUNDI, TAHNIAH KERANA DAPAT JAMBATAN

Malaysiakini melaporkan bahawa Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kuala Kerai, Rohani Majid mendakwa BN bakal mendapat lebih dari 5,900 undi pada pilihanraya esok. Ini bermakna BN sudah yakin akan menang.

"Ini yang mereka janji kepada kita, tidak tahulah apa yang mereka cakap itu tidak betul. Tetapi dari reaksinya, ia tanda yang positif dan akan mengundi BN."
"Kita juga berjaya mendekati beberapa kawasan pengundi PAS, tetapi kawasan `hijau' kita tidak boleh masuk,"katanya ketika dihubungi hari ini.
Terbukti Rohani begitu yakin BN akan menang esok. Jika benar BN akan mendapat undi berjumlah 5,900 majoriti BN akan mencecah lebih dari 1,500 undi.
Saya cuba mendapatkan reaksi dari seorang penyokong PAS tentang kenyataan 'over confident' Rohani ini.
"Kkecek besar, Sapo dio nok ko BN, takdok doh oghe suko BN, oghe Umno hok tok cidik yah nok BN hok lain tok se doh, bo lah undi BN nyo"
"Kkecek buleh la, puok-puok tu meme jawab nok pakoh BN tapi dale ati benci ko BN, sapo dio tok kenal BN pelawok belako" jawab penyokong PAS tersebut yang tidak mahu namanya saya siarkan di Blog ini.
Sementara itu sumber dalaman PAS memberitahu bahawa PAS sudah mencapai sasaran untuk menang di mana PAS kini dijangka sudah mendapat kira-kira 5,200 undi berbanding dengan 5,746 undi yang diperolehi oleh Pak Su Wil pada Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu.
Jika undi ini kekal PAS dijangka boleh menang dengan majoriti kurang dari 400 undi.
Apa pun ramai pemerhati politik menjangkakan PAS akan dapat mengekalkan undi PRU 2008. Jika kurang pun menurut mereka hanyalah dalam 200- 300 undi sahaja akibat dari pengundi luar yang tidak pulang mengundi.

Comments

Putra IJ80 said…
"UMNO DAKWA PIKAT LEBIH 5,900 PENGUNDI, TAHNIAH KERANA DAPAT JAMBATAN"

Kalau di KT di janjikan berpuluh/beratus million,kawasan BN pulak tur, mereka(BN) tak bole menang...

Rasa nya tak mungkin mereka di MU begitu mudah di pengarohi sedemekian rupa.

Entah lah mungkin PAK BAIMALI jadi imam ,maka ada jemeah yg.terpikat dgn perangai katak nya ,wallahuaklam.
Anonymous said…
Mereka turun di Manek Urai seperti 'Santa Clause' membawa hadiah kepada kanak-kanak di hari Krismas. Cukuplah wahai pemimpin umno, rakyat bukan hamba tebusan anda seperti di zaman firaun dan raja rom purbakala kena sembah anda seolah-olah negara dan harta kerajaan ini pusaka keturunan anda.