PRK MANEK URAI : PAS MESTI LAKUKAN POST MORTEM TERPERINCI

Walaupun calon PAS Haji Mohd Fauzi Abdullah diumumkan sebagai pemenang pada pilihanraya kecil Manek Urai Selasa lalu namun kemenangan dengan majoriti 65 undi mengejutkan ramai pihak samada di kalangan PAS, pemerhati politik dan pimpinan serta penyokong BN sendiri.

Haji Fauzi atau Abe Uji memperolehi 5,348 undi manakala calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat mendapat undi 5283 undi. Majoriti kemenangan Haji Fauzi adalah sebanyak 65 undi sahaja. Sejumlah 92 undi rosak. Peratusan keseluruhan pengundi yang membuang undi adalah 10,722 undi atau 87.22 % dari pengundi keseluruhan yang berjumlah 12,293 pengundi.

Analisis awal menunjukkan PAS hanya menang di 4 peti undi dari 9 peti undi kesemuanya. Sedangkan pada pilihanraya umum lalu PAS menang di 8 peti undi dan kalah hanya 1 peti undi iaitu Manjor. Dari segi saluran pula PAS hanya menang 14 dari 27 saluran semuanya.

Undi PAS menurun sebanyak 398 dan BN meningkat sebanyak 889 undi berbanding keputusan Pilihanraya umum 2008 di mana Allahyarham Pak Su Wil memperolehi 5746 undi berbanding calon BN Zulkepli Omar mendapat 4394 undi sahaja.

Dari awal lagi pemimpin dan penyokong cukup yakin PAS akan menang selesa iaitu mungkin melebihi 1000 undi atau sekurang-kurangnya menang dengan majoriti kira-kira 500 undi tidaklah seburuk 65 undi. Jika dibandingkan dengan Pilihanraya Umum 2008 PAS mengalami kekurangan undi sebanyak.

Lebih mengejutkan pada jam 4.00 petang pada hari pengundian tersebut, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Kelantan Haji Abdul Fatah Haron dengan nada yakin menyatakan bahawa PAS akan menang dengan majoriti lebih dari 2,000 undi memandangkan lebih dari 85 % pengundi telah keluar mengundi pada waktu itu.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat jam 4.00 petang.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya dipetik dari media internet pada hari pengundian.

Namun semuanya berubah apabila pengiraan undi dibuat di setiap peti undi. Satu demi satu keputusan yang diterima dari peti undi menunjukkan saingan amat sengit antara PAS dan BN. Malah pemimpin dan penyokong PAS berada dalam keadaan yang amat cemas sehingga pada suatu ketika PAS hanya mendahului dengan 33 undi sahaja.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Husam Musa dalam kenyataan ringkasnya kepada media mendakwa kemenangan tipis PAS ini adalah disebabkan kegiatan pembelian undi dan rasuah yang dilakukan BN kepada pengundi-pengundi.

Menurutnya kegiatan ini jelas sekali telah dikenalpasti dan menurutnya PAS akan mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran. PAS juga telah membuat laporan kepada Suhakam supaya menyiasat dakwaan berlakunya politik wang dalam pilihanraya kecil tersebut.

Walau apa pun alasan yang diberi PAS mesti membuat post mortem rapi mengapa penurunan mendadak majoriti kemenangan mereka iaitu dari 1,352 pada pilihanraya umum 2008 kepada 65 kali ini.

Jika rasuah dan pembelian undi berlaku mengapa petugas PAS gagal mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya sedangkan ianya dikatakan telah diketahui dari awal.

Mungkinkah pengundi Manek Urai termakan dengan rasuah jambatan dan 'pitis' yang diberikan oleh BN sehingga sanggup menggadaikan maruah mereka dengan kebendaan. Atau ada unsur-unsur lain yang menyebabkan pengundi beralih sokongan dari PAS kepada BN.

Suka atau tidak PAS mesti mengkaji dan melakukan post mortem terperinci dan sistematik. Langkah-langkah segera mesti diambil bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada PAS.

Comments

wan simunjan said…
Pertamanya Syukur Alhamdulillah kerana kemenangan ni. Dah nak pilih golongan yang berkaitan dengan ikan maka tak heran kalau kemenangan pun nyawa2 ikan. Walaupun sikit tapi yang penting menang. Dalam persaingan hanya ada menang atau kalah. Bila dah menang maka nikmatilah kemenangan itu dengan doa dan harapan.

Yang perlu diakui ialah betapa jiwa manusia itu mudah terpengaruh dengan kenikmatan dosa. Segala unsur politik wang dan projek rasuah yang ditanam dan diHALALkan oleh umNO mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat. Justeru itu sekiranya generasi akan datang dipenuhi dengan segala keburukan dan kerosakan maka janganlah generasi hari ini marahkan sesiapa. Ini kerana kita hari ini sendiri mengHALALkan segala benih kerosakan itu hidup alam darah kita.

JELAS SOKONGAN BERTAMBAH KEPADA UMNO BERERTI JIWA RAKYAT MANIK URAI / KELANTAN JUGA MENYOKONG SEGALA KEROSAKAN DAN UNSUR RASUAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH UMNO.

Percayalah bahawa majoriti tipis ini bukanlah kehilangan sokongan tetapi rakyat Ktan sanggup mengadai maruah demi kenikmatan dunia.

Perjuangan murni kerajaan Ktan untuk mendapat bayaran royalti minyak yang jelas untuk kebaikan rakyat Ktan tidak mampu melawan JANJI RASUAH projek Jambatan Manik Urai serta wang sogokan kepada pengundi calon umNO. Inilah mentaliti rakyat MELAYU. Ternyata masyarakat melayu masih senang dibeli dengan kesenangan diri.

Maka tidak heran apa yang terjadi kepada masyarakat melayu hari ini adalah kerana sememangnya BANGSA MELAYU ITU SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DIRI. Dah tahu UMNO tu PENIPU dan sanggup mengadaikan maruah bangsa tapi masih SANGGUP lagi memangkah parti PENIPU. Inilah BANGSA MELAYU!

Mengapakah bangsaku terlalu MUDAH DIBELI. Mungkin beginilah caranya bangsa PENJAJAH menguasai tanah bertuah ini. Bukan kerana bangsa mereka kuat tapi BANGSA MELAYU itu mudah dibeli dengan kesenangan diri.

APAKAH INI RUPA BANGSAKU YANG BERGELAR MELAYU. DAN MELAYU ITU ISLAM ?
Anonymous said…
org klate,

jangan mudah membuat analisis yg mudah mengatakan rakyat klate mudah terpengaruh dengan BN dan mula ada angin perubahan utk sokong BN,

bagi saya, kebanyakan pengundi penentu di Manek urai adalah mereka yg tidak berparti dan mereka bebas dan berada atau bekerja di luar negeri klate, tapi mereka juga terdedah dengan segala kemudahan prasarana yg sempurna di bandar besar mereka bekerja.

jadi pemimpin Pas di klate hendaklah pasti segala prasarana di penuhi dengan sewajarnya sesuai dengan tuntutan semasa, mereka di manek urai / klate bukannya nak pembangunan sehebat di KL, Putrajaya, tapi mengikut logiknya dan akal yg waras, manusia itu memerlukan prasarana yg sempurna utk mengejar dunia dan akhirat.perantau atau penduduk setempat selalu balik kg setiap kali cuti raya, atau sekolah maka keselesaan prasarana spt jalan2 dikampung halaman hendalah ditar dan diturap sewajarnya, jambatan sempit hendaklah di perbesarkan.kadang kala kekurangan ini akan menjadi bom jangka apabila berlakunya PRK.

janganlah diharapkan sangat pembangunan kerajaan pusat kerana pembangunan itu ada serampang 2 mata.

Jika sudah 5 penggal(20 tahun lebih) PAS pegang kawasan itu maka saya rasa tidak timbul lagi isu prasarana spt jambatan sempit, jalan kampung tidak tar.kerajaan klate penuhkanlah keperluan penduduk manek urai itu dengan se adanya.dan jangan biarkan modal pembangunan ini dijadikan isu oleh BN setiap kali pilihan raya kecil

TQ
mekjah said…
Salam, Syukur atas kemenangan PAS..perjuangan menegakkan ISLAM dan kebenaran banyak cabaran dan dugaan...pilihanraya MU salah satu perjuangan yang amat mencabar...alhamdulillah berkat doa semua ISLAM ditegakkan..takbirrr
Anonymous said…
setuju dengan pandangan Anon 01:32..