PRK MANEK URAI : TAUKEH JAMBATAN DAH BALIK KL?

Maklumat terbaru yang diterima dari Manek Urai menyatakan bahawa Taukeh Jambatan, Muhyiddin Yassin sudah pulang ke Kota Bharu sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur.
Sahabat saya secara bergurau berkata beliau juga membawa pulang bersamanya pelan jambatan yang akan dibina di Manek Urai jika BN menang.
Taukeh Jambatan terpaksa pulang awal kerana beliau tahu jambatannya berharga RM7juta itu tidak laku di Manek Urai. Saya nasihatkan beliau bina jambatan itu di Pagoh kawasan parlimen beliau sendiri.
Taukeh jambatan tersilap congak kerana menyangkakan orang Manek Urai mudah untuk ditipu dan digula-gulakan dengan jambatan air liur beliau.
Saya nasihatkan Taukeh Jambatan supaya memohon maaf kepada seluruh penduduk Manek Urai dan rakyat Kelantan kerana menghina mereka dengan ugutan undi PAS atau hendak jambatan semasa kempen pilihanraya kecil tersebut baru-baru ini.

Comments

Anonymous said…
BN tak payah bina jambatan di Manek Urai. Apa yang BN seharusnya buat adalah pulang balik duit royalti yang berbillion itu and biar Tok Guru dan rakyat Kelantan buat keputusan macam mana hendak belanja wang itu ikut lunas lunas Islam yang telus, adil and saksama.