PRK MANEK URAI : MUHYIDDIN PERLEKEH DAN HINA RAKYAT MANEK URAI

'Undi PAS atau nak jambatan'. Itulah kata-kata Muhyiddin yang cukup memualkan dan menggelikan hati kita semua.
Itukah standard seorang Timbalan Perdana Menteri? Mentalitinya lebih kurang sama dengan JKKK kampung yang kadang-kadang baca surat khabar pun terbalik. Malu rasanya saya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang standardnya semacam ini.
Di saat ahli-ahli politik dunia bercakap soal demokrasi, perancangan ekonomi dan sosial untuk masa depan, sistem pendidikan canggih, pembasmian kemiskinan, ketelusan dan sebagai orang no 2 di Malaysia bercakap mengugut rakyat dengan pembangunan semasa kempen pilihanraya.

Dia lupa duit untuk membuat jambatan bukannya duit Umno/BN tetapi duit rakyat hasil dari cukai yang dibayar rakyat. Muhyiddin berjanji sambil mengugut rakyat.
Cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.
Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri.
Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir - kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.
Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama semalam.

Comments

Anonymous said…
masa anak-anak dulu atuk selalu berkata "nak coklat (gula-gula) tak? kalau nak cium pipi atuk sekali!!" Agaknya siUdin ni ingat pengundi MU tu belum bersunat lagi ye!!