SYABAS KERAJAAN PR SELANGOR - KEEP IT UP

Media semalam melaporkan bahawa kerajaan negeri Selangor mendapat pengiktirafan dan sokongan yang baik dari rakyatnya di atas anisiatif kebajikan, sosial dan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan negeri.
Menurut laporan tersebut satu kajian pendapat yang telah dijalankan oleh badan bebas - Merdeka Centre - mendapati sokongan tinggi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Kajian itu juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul.
Manakala 63 peratus puas hati dengan prestasi menteri besar dengan hanya 19 peratus tidak puas hati.Seramai 64 peratus rakyat Selangor puas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Selangor selepas memenangi pilihanraya umum tahun lalu, manakala 22 peratus tidak puas hati.
Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian itu mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India puas hati.
Fakta ini amat memberangsangkan dan ianya merupakan suatu pengiktirafan dan sokongan yang baik dari rakyat. Dari sekarang kerajaan negeri mesti mempertingkatkan lagi program-program kebajikan dan mesra rakyat bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

Semua isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat mesti diselesaikan secepat mungkin. Di samping taraf hidup rakyat terutama yang miskin dan tinggal diluar bandar mesti dipertingkatkan supaya jurang pendapatan tidak terlalu jauh dan ketara.
Saya yakin dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri masalah-masalah ini akan dapat diselesaikan.

Comments

ataspagarje said…
knp xnak komen kajian yg di buat oleh Merdeka Center ttg peratusan Najib telah naik dari 41% dari awal pemerintannya naik ke 65% setelah 100 hari berkhidmat..jgn bias bro..