PRK MANEK URAI : PAS SEPATUTNYA KALAH, TETAPI MENANG - HUSAM

AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Husam Musa berkata PAS sepatutnya kalah di Manek Urai dengan kempen drastik dan bernilai jutaan ringgit BN di sana.
"Kita sepatutnya kalah dengan politik wang yang dilakukan oleh BN" kata Husam.
Sebaliknya beliau mengucapkan tahniah kepada pengundi Manek Urai kerana tidak 'termakan' dengan rasuah BN tersebut.
Pengerusi Umno Kelantan, Stopa Mamat pula tidak mahu mengakui kekalahan BN sebaliknya kemenangan tipis PAS ini menurutnya adalah kekalahan PAS dan rakyat Kelantan mula menolak kepimpinan Menteri Besar, Dato Nik Aziz.

Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah, kemenangan juga ganjaran berkat kesabaran dan izin ALLAH. Menang tetap menang. Kalah tetap kalah jgn nak meroyan tak tentu pasal. Membangun Bersama Islam.
PawanaMelati said…
Apa jua alasan , apa jua keadaan dan apa jua tohmahan yang pasti MENANG TETAP MENANG dan KALAH TETAP KALAH meski pun dengan majoriti satu undi.Setelah di janjikan "anak emas" ,"jambatan baru" yang tidak di nafikan kebaikanya namun tawaran tersebut cuma datang sewaktu pilihanraya. Kesimpulanya ALLAH SWT masih menganugerahkan kepada PAS beban tanggungjawab kepada YB baru Manek Urai. Pasti tersembunyi hikmah daripadNYA.
AweKelisaBiru said…
This comment has been removed by the author.
Iz said…
Walau apapun, PAS perlu meningkatkan lagi usaha dan jangan jagi terperangkap dengan isu dimainkan UMNO, seperti kerajaan perpaduan. Ini boleh membuatkan para pengundi boleh beralih 'tempat' dengan mengundi parti lain.
Anonymous said…
Undi Pas kan dapat masuk syurga. apalah sangat dengan jambatan tu....
Anonymous said…
Tahniah UMNO......
Anonymous said…
Baling batu kat arang dapat masuk syurga x?
Anonymous said…
kalau undi pas dapat la.... kalau BN payah skit kot
Anonymous said…
tgk la. kalau orang pas yang baling dapat dapat juga masuk. kalau orang umno yang baling masuk neraka. Kalau untuk bn pun xboleh juga tau.masuk neraka.................
mekjah said…
Salam...Stopa Mamat dan laa tu dah kalah cakap lah kalah...dok payah tuis2 fakta..
ataspagarje said…
kepada Husam, jgnlah membelitkan lagi cerita dengan politik wang dan rasuah. cermin diri anda dahulu kerana andalah duri dalam daging Pas. terlalu byk kenyataan yg dikeluarkan oleh Pas bercanggah.

knp semalam Pas menyatakan keyakinan akan menang dhn majoriti lebih kurang 2000 undi ttp apabila keputusan telah diketahui Husam menyatakan "ingat Pas akan kalah ttp menang".

Pas itu Islam, Islam itu Pas?..