PENGUMUMAN SEMPENA 100 HARI NAJIB MEMERINTAH TIDAK MEMBERI MAKNA BESAR KEPADA RAKYAT

Semalam Perdana Menteri membuat pengumuman sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

Antara langlah yang beliau ambil ialah :-

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Namun beliau tidak sedar bahawa rakyat bukannya mahukan perkara yang melibatkan materialistik dan pembangunan sahaja tetapi rakyat mahukan jaminan keselamatan, ketelusan, demokrasi dan lain-lain.

Bagi saya rakyat menantikan perkara-perkara di bawah yang dinantikan sudah lebih dari 50 tahun iaitu :-

1) Pemansuhan ISA

2) Penghapusan diskriminasi kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR

3) Mengembalikan biasiswa kepada rakyat yang layak

4) Menghapuskan AUKU

5) Pengukuhan kuasa SUHAKAM

6) Mempertingkatkan undang-undang Islam

7) Komited menghapuskan rasuah dengan benar-benar serius dan komited

8) Memastikan SPR benar-benar bebas

9) Memastikan SPRM benar-benar bebas

10) Dasar pendidikan yang lebih jelas tidak seperti sekarang caca marba dan tidak konsisten

11) Menghapuskan kronisme, nepotisme dan pilih kasih dalam pentadbiran

12) Memastikan PDRM dan ATM benar-benar professional dan bebas

13) Membebaskan media dari konkongan kerajaan dan bias

dan lain-lain

Comments

mustafa isa said…
hahahaha.. yg ko cakap tu bukan kehendak rakyat, tapi kehendak pakatan rakyat. kata-kata pembangkang ni sape nak dengaq?? bikin malu je buat ayat macam2. pembangkang ibarat HANJING yang menyalak bukit. najis MUGHALLAZAH...
Jangan lupa IPCMC dan jawatan Datuk Bandar melalui cara undi dari orang ramai.