Saya menerima aduan dari seorang pekerja sebuah Kilang di Ayer Keroh yang menutup sebahagian besar operasinya dan memberikan pampasan kepada pekerjanya dengan kadar yang amat tidak munasabah.
Rata-rata pekerja atasan (executive) hanya menerima purata 3 bulan gaji sahaja sedangkan pekerja bukan executive menerima pampasan yang agak baik iaitu berdasarkan jumlah tahun bekerja ditambah dengan 2 bulan gaji.
"Kami sangat kesal dengan majikan kami yang langsung tidak kasihan dan tidak mengenang jasa kami yang bekerja dengan begitu lama bersama syarikat ini" tegas Sufian Abu Bakar salah seorang pekerja yang diberhentikan.
Menurutnya kira-kira 200 pekerja telah menerima tawaran pampasan tersebut semalam di mana semalam juga merupakan hari terakhir mereka berkerja.
"Semua pekerja 'Exempt' (executive) tidak menerima tawaran tersebut dan menandatangani surat tidak bersetuju" tegas Sufian.
"Semua pekerja 'Exempt' (executive) tidak menerima tawaran tersebut dan menandatangani surat tidak bersetuju" tegas Sufian.
Sementara itu hari ini wakil pekerja terbabit telah menemui Jabatan Buruh untuk mengadu nasib mereka.
Selain itu mereka juga telah membuat laporan polis mendakwa ditipu oleh majikan tersebut yang sebelum ini telah memotong gaji mereka sebanyak 10 % atas alasan untuk membantu memulihkan syarikat terbabit.
"Antara janji majikan bila memotong gaji kami ialah selepas 6 bulan bila operasi syarikat ini kembali pulih majikan akan mengembalikan semula gaji kami kepada gaji asal"
"Malangnya selepas 6 bulan bukan gaji kami dikembalikan kepada asal kami dibuang kerja pula" tegas Sufian.
Difahamkan juga Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam mengadakan pertemuan tergempar dengan mereka di Kilang tersebut petang ini. Hasil pertemuan tersebut akan saya laporkan kemudian.
Beberapa pekerja kilang melahirkan rasa gembira dan syukur dengan peranan dan pertolongan yang diberikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek dan juga ADUN Ayer Keroh dari DAP, YB Khoo Poay Tiong yang sama mengiringi mereka bertemu dengan Jabatan Buruh. Selain pimpinan Pemuda Bukit Katil turut sama dalam pertemuan tersebut antaranya Khairul Salleh dan lain-lain.
Comments