Menonton Video penangkapan Polis terhadap rakyat yang berhimpun membantah kematian Teo Beng Hock semalam, saya sedih kerana pihak Polis masih belum menunjukkan sebarang perubahan terhadap cara mereka bertindak apabila berhadapan dengan demonstrasi aman rakyat.
Saya yakin jika Polis bertindak secara professional dan telus sudah pasti rakyat akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis. Rakyat bukannya berhimpun untuk mengganas atau merusuh mereka hanya mahu menunjukkan rasa tidak puashati terhadap kematian Beng Hock yang meninggal di dalam bangunan SPRM dan selepas siasatan SPRM.
Cara Polis menangkap, mengheret dan menahan rakyat dalam perhimpunan itu tidak boleh diterima sama sekali.
Sudah pasti perundingan dan perbincangan secara baik lebih berkesan dari cara menangkap, mengheret dan menahan mereka dengan kasar.
Comments
Sebab polis pon bertindak ganas terhadap kumpulan remaja berbasikal .
Sebab polis pon cederakan penduduk B andar Cheras Mahkota.
Sebab polis pon rogol wanita yang kena tahan didalam balai polis
Sebab polis pon tembak orang di Batu Burok.
Sebab polis juga sanggup bunoh Altantuya dan letupkan mayat nya.
Ya betul tu , sama dengan Planet of The Apes.
Chuma "Apes" tak paham apa itu IPCMC.