PAS JANGAN MIMPI GANTI UMNO - NAKHAIE AHMAD

Lebih Umno dari pemimpin Umno. Itulah yang boleh kita katakan kepada Nakhaie Ahmad bekas pemimpin PAS yang menggugurkan dirinya sendiri dari perjuangan PAS.

Semalam beliau membuat kenyataan bahawa Pas usah bermimpi untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu selagi ia gagal menjadi parti yang dominan di dalam pakatan pembangkang.

Nakhaie Ahmad berkata, realitinya Pas tidak sekuat UMNO kerana parti itu bukannya berperanan sebagai ‘tulang belakang’ pakatan pembangkang sebaliknya hanya menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Siapa sebenarnya Pak Turut. Di dalam PR tiada Pak Turut dan tiada 'Yes Man' seperti dalam Umno dan BN. Semua cakap pemimpin betul belaka tidak boleh dibangkang.

Hakikatnya tidak sedikitpun dasar perjuangan PAS yang digugurkan sejak kita bersama PR. Perlembagaan PAS kekal seperti dulu tiada pindaan perlembagaan pun dibuat semua kekal.

Comments

Anonymous said…
Demikianlah seorang oportunis politik berbicara namun habuan juga yang mejadi cita cita.Politik perasit tokoh yang tiada nilai pada perjuangan bangsa atau ugama melainkan membuncitkan isi perut semata mata