RAKYAT TAK YAKIN DENGAN ETP NAJIB

Rakyat tidak yakin dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP)yang digagaskan oleh Najib Razak. Mungkin rakyat sudah masak dengan kerajaan BN walaupun berlainan nakhoda tetapi cuma memberikan nama baru sedangkan isinya tidak seberapa. Bila Perdana Menteri baru naik maka bermacam-macam slogan dan program retorik digagaskan.

Bukti ETP tidak diyakini rakyat ialah apabila sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP.

Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Sumber : Malaysiakini

Comments