SEJAK BILA UMNO PANDAI BERJIMAT

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan Sultan Sharafuddin telah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.

Menurut Ramli, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai pembaziran dan berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan golongan kurang berkemampuan.

Tindakan Baginda Sultan Selangor wajar dan harus dipuji kerana baginda sendiri ingin memberikan pengajaran kepada rakyat tentang pentingnya berjimat cermat.

Cuma yag musykil di hati saya ialah 'kehebatan' pemimpin Umno, khususnya Noh Omar yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri Selangor.

Antaranya beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor kerana Noh mendakwa Khalid gagal untuk memantau pembaziran yang dilakukan oleh pengurusan badan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu juga berkata, Abdul Khalid tidak layak memimpin yayasan itu kerana beliau hanya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu memaklumkan kepadanya.

Saya ingin bertanya kepada Noh sejak bila pula Umno berubah perangai dengan mementingkan sifat jimat cermat sedangkan semasa Umno memerintah Selangor dulu wang peruntukan Wakil Rakyat BN berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa beberapa bulan sahaja. Selain itu 'claim' untuk lawatan ke luar negeri juga bernilai jutaan ringgit yang tidak masuk akal pun, Noh tidak ungkit dan buat aduan.

Comments

Sang Asura said…
mafkan saya tuan sofi kalau post ini tidak sehaluan dengan Tuan, saya sejak dahulu lagi berpendirian neutral, kerana pada pandangan saya, politik itu hanya buruk dan memburukkan.

Namun pada pilihanraya yg lalu saya mengundi PAS kerana percaya pada perjuangan dan atas rasa tanggungjawab

Cuma yang tidak enak pada blog Tuan ini ialah ia hanya melihat keburukan pada Umno

Apa saja yang Umno@BN buat akan Tuan hentam. Pada pandangan saya, adalah lebih baik kita tidak bersifat sedemikian, maksudnya kita mengajak kepada kebaikan

Saya pasti Tuan faham apa yang saya maksudkan ini....
Anonymous said…
Menutup kesalahan kita dengan mengungkit kesalahan orang lain adalah sesuatu kurang bijak... PKR seharusnya tidak melakukan kesalahan/perbuatan BN dulu2. Baru nampak bezanyer..