GEMPAR !!! : PEROMPAK DITEMBAK MATI

Dahulu kita jarang mendengar kejadian rompakan, culik dan menahan terbusan berlaku di dalam negara. Tapi kini boleh dikatakan setiap hari ianya berlaku. Apa sebabnya.......perkara ini patut dikaji sedalam-dalamnya oleh pihak berkuasa. 

Antaranya ialah masalah sosial di mana rakyat tiada pekerjaan dan sumber pendapatan yang memungkin seseorang melakukan jenayah untuk meneruskan kehidupan.

Malam tadi, seorang penjenayah yang membawa dua pistol meluru masuk ke sebuah kedai menjual barang tembikar dan bunga sebelum menahan pemilik kedai berkenaan malam tadi. 
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, penjenayah berusia 44 tahun dikatakan mengacukan dua pistol menyebabkan pelanggan yang sedang membeli-belah terkejut dan lari menyelamatkan diri. 
Ketua Siasatan Jabatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian tepat jam 8.30 malam selepas dimaklumkan oleh orang awam. 
"Suspek menahan pemilik kedai iaitu seorang wanita berusia 53 tahun sebagai tebusan di dalam sebuah bilik di kedai empat lot berkenaan dan meminta wang RM300,000 sebagai tebusan. 
"Rundingan dijalankan selama empat jam namun tindakan suspek menggugut dan mengacukan pistol ke arah suspek menyebabkan polis menyerbu masuk untuk menyelamatkan mangsa. 
"Polis melepaskan dua das tembakan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi dan ia terkena tepat ke arah suspek yang menyebabkannya terbunuh manakala mangsa berjaya diselamatkan polis," katanya. 
Kamarul Zaman berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun mengalami trauma sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk rawatan. 

Comments