'SULTAN MELAKA' DIDAPATI BERSALAH TIPU ORANG

Kasihan 'Sultan Melaka' sudahlah tidak dapat naik takhta yang dihajati beliau, kini hidupnya pun tidak tenteram kerana sering diburu dan dijatuhkan hukuman akibat kesalahan yang dia sendiri tempah.
Media melaporkan semalam bahawa seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan kerana menipu seorang individu untuk mempercayai dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh mendapatkan mangsa persalinan diraja pada Mei tahun ini.
Sabirin Yusuf (nama sebenar 'Sultan Melaka'), 48, dituduh menipu Poniran Sumardi dengan memperdayakan lelaki itu bahawa dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh menolong mangsa mendapatkan persalinan diraja Melaka sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM700.
Tertuduh yang melakukan kesalahan itu pada awal Mei lepas, di alamat No 129, Jalan Pesona 12, Taman Pelangi Indah, juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pertengahan Mei dan penghujung Mei tahun ini.
Ketiga-tiga pertuduhan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang setiap pertuduhan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Comments