Pelbagai pihak melihat bahawa ada usaha untuk mengemukakan usul tergempar selain undi tidak percaya pada Sidang Dun Terengganu hari ini. Satu usul yang pelik, lucu dan bangang diserahkan kepada Speaker Dun Terengganu, Zuber Embong. Apa tujuan usul tersebut??
Ianya kemungkinan dirancang sebagai 'cover' kepada usul undi percaya jika ada pada sidang tersebut.
Usul itu langsung tidak berkaitan dengan kepentingan umum, semasa dan jelas tidak relevan. Malah Speaker sendiri seolah-olah mahu menyembunyikan usul tersebut sehingga didesak oleh Adun Pembangkang.
Beliau kemudiannya memberitahu dewan bahawa usul itu panjang, namun didesak juga oleh pembangkang untuk menyebut usul itu.
“Usul ini agak panjang dan saya memerlukan masa untuk membacanya,” jelas Speaker Dewan.
“Kami nak tahu jugak sikit, sebut tajuk sikit pun tak apa,” desak Adun Alur Limbat.
“Oh, boleh, boleh. Berkenaan dengan symptom-simptom hepatitis B batuk kokol dan sebagainya.
Jadi saya nak baca dulu,” kata beliau yang menyebabkan dewan menjadi gamat dengan ketawa, sindiran dan perang mulut diantara kedua-dua Adun.
Akhirnya Speaker memutuskan untuk menangguhkan persidangan sehingga jam 11.20 pagi.
Sidang Dun Terengganu hari ini menyaksikan kehadiran yang sangat ramai kerana mungkin mereka ingin mengetahui dengan sendiri perkembangan pemerintahan negeri yang diwar-warkan akan berlaku sesuatu yang mengejutkan hari ini.
Turut hadir ialah Adun Kijal, Dato’ Ahmad Said yang menjadi pencetus kepada isu menukar kerajaan beberapa hari yang lalu.
Sumber : Mdateline
Comments