Hari ini Sidang DUN Perak mengundi memilih Speaker baharu setelah Speaker lama iaitu S.K Devamany meletakkan jawatan. BN mengusulkan calonnya , S.Thangeswari manakala pembangkang juga mengusulkan calonnya V.Sivakumar.
Penyakit 'berkecuali' terus menjadi prinsip baru PAS apabila Wakil-Wakil Rakyat berjumlah 4 orang tidak mengundi dan berkecuali. Ini menyaksikan keputusannya memihak kepada calon Speaker BN dengan kemenangan 30 undi berbanding 24 undi. Jika kesemua Wakil Rakyat PAS menyokong pembangkang maka sudah tentu BN hanya menang dengan majoriti 2 undi iaitu 30-28.
Sebelum pada Sidang Dewan Rakyat juga Wakil-wakil Rakyat PAS juga berkecuali semasa beberapa pengundian dijalankan.
Apa indikasi dari keputusan ini. Jelas indikasinya ialah PAS tidak akan menyokong pembangkang dan pada masa yang sama tidak mahu dilihat menyokong BN. Namun kami berpendapat tindakan Wakil Rakyat PAS tidak mahu menyokong calon Speaker pembangkang membuktikan bahawa mereka lebih mesra BN dengan memberikan BN kemenangan mudah.
Keputusan ini tidak mustahil menjadi petunjuk kepada tindakan politik masa hadapan PAS iaitu tidak mungkin akan bersama pembangkang khususnya Pakatan Harapan tetapi pada masa yang sama akan membantu BN mencapai kemenangan pada mana-mana pemilihan khususnya Pilihanraya.
Prinsip baru PAS ini harus difahami oleh semua pembangkang khususnya PKR yang kelihatan masih mahu berlunak dengan PAS sedangkan PAS jelas menikam PKR dan pembangkang dari belakang.
Comments