RIO 2016 : PINGAT PERAK BESAR MAKNANYA

Malaysia berjaya memecahkan kebuntuan pingat apabila penerjun harapan negara berjaya menggondol pingat perak dalam acara kegemaran mereka semalam.

Kejayaan Pandeela Rinong dan pasangannya Cheong Jun Hong amat bersar ertinya kepada negara kita di saat kita masih ternanti-nanti kilauan pingat. Kejayaan mereka ini wajar disanjung walaupun gagal menyumbangkan pingat emas. Mereka sememangnya tewas kepada penerjun yang lebih handal dari China namun kejayaan mereka amat manis selepas bertarung habis-habisan di gelanggang.

Ini bukan acara di peringkat Asean atau Asia tetapi Olimpik. Kita mengharapkan rakan-rakan dalam yang sedang berjuang untuk negara di Rio meneladani komitmen dan kesungguhan kedua-dua atlet ini yang tidak mudah mengaku kalah.

Pandeela akan turun sekali lagi dalam acara kegemarannya iaitu peringkat individu. Diharapkan beliau dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Syabas.

Comments