CCO MAS : RAKYAT MALAYSIA SEMUA TIDAK PANDAI?

Agaknya semua rakyat Malaysia tidak pandai sehingga tidak ada yang layak untuk memegang jawatan tinggi dalam Malaysian Airlines Berhad (MAB).
Malang bagi rakyat Malaysia apabila syarikat sendiri pun tidak percaya kepada kebolehan kita apatah lagi syarikat luar. Inilah nasib kita ...........
Malaysia Airlines Bhd (MAB) harus mencontohi syarikat penerbangan Malindo Air dan AirAsia Bhd yang melantik rakyat tempatan sebagai pegawai tertinggi.
Bekas CEO Malaysia Airlines Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata rakyat Malaysia sendiri sebenarnya mampu dan layak untuk memegang jawatan tertinggi dan bukannya diberikan kepada orang luar.
“Saya berpendapat, tidak perlu pegawai asing seorang pun, ramai orang Malaysia daripada pelbagai bangsa boleh menjalankan tugas itu.
“Apa guna kita ambil orang asing sedangkan ramai orang kita boleh buat, cuba kita lihat Malindo Air dan AirAsia,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew yang mengumumkan pelantikan Arved von zur Muehlen sebagai ketua pegawai komersial (CCO).
Katanya, pekerja tempatan sering mengadu kepadanya kerana tidak berpuas hati dengan sikap pegawai tertinggi asing.

Comments