POKEMON GO berjaya 'menangkap' mangsanya yang pertama di Malaysia. Ini bukti pertama betapa bahaya POKEMON GO. Bayangkan mangsa ini boleh bermain POKEMON GO sambil bermain dengan applikasi ini. Bukankah ianya merbahaya!!!!!!!!!!!!!!!
Terlalu leka mengejar untuk menangkap ‘charmander’, karakter dalam permainan ‘Pokemon Go’, di sekitar kawasan perumahannya, seorang wartawan cedera apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar jalan berlubang.
Azim, 25, (bukan nama sebenar) luka ringan di dagu dan lebam di badan.
Menurut Azim, kejadian berlaku semalam ketika beliau tidak bekerja dan bermain Pokemon yang dimuat turun sejak hari pertama permainan itu boleh didapati di Malaysia 6 Ogos lepas.
“Saya mula bermain pukul 5.30 petang, dan tidak lama kemudian berjaya menangkap ‘poliwag’ dalam bilik di rumah di Taman Lembah Keramat.
“Semakin teruja, saya terus bersemangat untuk menangkap lebih banyak karakter Pokemon, dan apabila charmander muncul kira-kira 100 meter dari rumah, saya mengambil kunci motosikal dan menunggang secara perlahan mencari lokasi ‘charmander’ menggunakan ‘Go Radar’,” katanya kepada Bernama.
Jelas Azim, jalan di sekitar kawasan perumahannya lengang ketika itu dan sambil memegang ‘handle’ motosikal dengan sebelah tangan dan tangan kiri memegang telefon bimbit, beliau menunggang perlahan.
“Tiba-tiba tayar motosikal termasuk lubang dan saya tak dapat mengawal motosikal sehingga terjatuh. Mujurlah tak cedera teruk dan tidak ada kenderaan lain pada masa itu,” katanya sambil menambah akan lebih berhati-hati selepas ini apabila bermain dengan permainan itu.
Setakat ini, beliau berjaya menangkap 30 karakter Pokemon Go, kebanyakannya di sekitar kawasan perumahan.
Pengguna Android dan iOS boleh memuat turun permainan maya itu secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Pokemon Go, yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA, mencetuskan gelombang baharu dalam permainan realiti berperantara dalam sejarah penciptaan aplikasi telefon pintar.
Ia merupakan permainan sembunyi-sembunyi konvensional di mana pemain perlu mencari dan berlawan dengan karektor maya berdasarkan lokasi dunia sebenar yang dikesan melalui telefon pintar.
Aplikasi ini dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai tahun ini di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, sebelum merebak ke lebih 30 negara sekarang.
Sumber : FMT
Comments