.

.

13 August 2016

1MDB: TAJA JUDI BOLEH, HAJI PUN BOLEH

Malaysia boleh. Serba serbi boleh. Halal boleh haram boleh, jadi 'halam'. Itulah tanahair ku.

Di Malaysia, dana syarikat pelaburan negara penuh bermasalah, 1MDB digunakan untuk menaja secara percuma 3,511 pemimpin masyarakat untuk menunaikan haji sejak 2011, namun di Amerika Syarikat ratusan juta dolar wang 1MDB yang diselewengkan digunakan untuk membayar hutang judi.
Jumlah yang dibelanjakan 1MDB bagi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (PKHYABPM-1MDB) turut mengundang persoalan memandangkan sehingga kini tiada sumbangan diberikan syarikat sarat hutang itu ke kantung negara.
Malah peruntukan besar untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 1MDB itu amat tidak seimbang dengan hutang tanggungan syarikat yang dinilai melebihi RM55 bilion.
Di Amerika Syarikat, Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu mendedahkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.
Dalam dokumen saman sivil DoJ terhadap empat individu yang didakwa menyelewengkan dana 1MDB, ratusan juta dolar telah dibelanjakan Riza Aziz, Jho Lo, Tan Kim Loong (pengarah Alsen Chance Holding Limited) dan bekas pegawai tinggi 1MDB untuk berjudi di Vegas.
Bagaimanakah dana 1MDB yang diselewengkan digunakan Jho Low dan Riza Aziz untuk berjudi?
Para 219 dokumen saman sivil DoJ menyebut, Riza Aziz memindahkan sekurang-kurangnya USD41 juta dari dana yang diterima daripada Aabar-BVI ke akaun yang kemudiannya digunakan untuk membayar perbelanjaan perjudian bagi dirinya (Riza Aziz), Jho Low dan Tan.
Para 220 dokumen saman sivil DoJ pula menyebut, beberapa hari selepas akaun Red Granite Capital menerima dana dari Aabar-BVI, sebahagian daripada dana tersebut telah dipindahkan ke akaun di Standard Chartered Bank di Singapura atas nama Alsen Chance Holding Limited (Akaun Alsen Chance).
Pembukaan dokumen akaun tersebut menyenaraikan Tan sebagai pengarah Alsen Chance.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter