KASIHAN NAJIB : MERAYU TAGIH SIMPATI LAGI

Jaga institusi Presiden atau jaga kedudukan Datuk Seri Najib Razak?  

Sebelum ini Najib  tidak bercakap soal menjaga institusi Presiden ketika Pak Lah hendak diturunkan dahulu. Di saat beliau berhadapan dengan 1000 satu kontroversi beliau bercakap soal mempertahankan institusi Presiden. Kita semua tahu jika Najib tidak jadi Presiden Umno pun, orang lain boleh menjadi Presiden. Bukan Najib seorang sahaja ada dalam Umno.



Malah bukan sahaja rakyat ingin tumbangkan Najib, institusi Presiden malah Umno itu sendiri rakyat ingin tumbangkan melalui Pilihanraya Umum ke 14 akan datang. Tidak perlulah Najib menagih simpati dari rakyat khususnya orang Umno. Najib kena ingat tidak semua orang Umno boleh ditipu dengan ungkapan manis bersifat patriotik parti dan semangat kebangsaan. Orang Umno sendiri sudah ramai yang cerdik dan bijak. Mereka dapat menilai yang mana mereka perlu tegakkan dan yang mana mereka perlu tukarkan.



Takkan Orang Umno ingin  berterusan berketuakan pemimpin yang penuh dengan kontroversi. Mereka juga ada air muka dan maruah. Mereka bukan lagi ahli dan penyokong Umno era 60-an, 70-an atau 90-an. Mereka adalah orang yang bermaklumat di era langit terbuka dunia tanpa sempadan ini.



Kasihan Najib, sudah berapa kali merayu dan merintih menagih simpati. Mengapa susah sangat undur berundur. Suatu hari semua manusia akan terpaksa berundur kerana kita bukannya hidup menongkat langit. Satu hari sudah tentu kita dipanggil pulang olehNya. 



Najib hari ini mengingatkan semua anggota Umno diingatkan supaya menjaga institusi presiden parti kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parti keramat orang Melayu itu lemah.

Perdana Menteri berkata sekiranya institusi presiden Umno diganggu gugat ia menyukarkan pemimpin yang dipilih untuk memimpin dan menjalankan tugas sekali gus menyebabkan parti menjadi lemah.
"Jaga parti dan institusi presiden Umno, bukan jaga saya. Love me as president (Sayangi saya sebagai presiden) kerana satu hari nanti pengganti saya bakal ambil alih (tugas presiden).
"Kalau parti lemah siapa yang akan menjadi ketua untuk membawa kita ke hadapan?, Maka untuk pastikan parti tidak lemah, semua peringkat bahagian perlu jaga keharmonian," katanya.
Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan Umno dan sayap Bahagian Bukit Gantang, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.

Comments