Menjadi jurulatih sukan memang mempunyai risiko tinggi. Ketika pasukan yang dilatihnya hebat dan menjadi juara, mereka dipuji dan dipuja. Tetapi sebaliknya jika tewas mereka ditendang bagai kucing kurap. Itulah resam dunia sukan.
Terbaru Selangor memecat Jurulatih pasukan bolasepaknya Zainal Abidin Hassan tanpa memberikan amaran awal atau signal.
Zainal mengakui terkejut menerima berita pemecatannya, nasib baik beliau tidak ada sakit jantung. Kalau tidak tidak tahu apa terjadi.
Namun Zainal Abidin, 54, tetap akur dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu, yang diumumkan presidennya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Ahad lepas.
“Itu hak mereka jika tidak mahu gunakan khidmat saya… tanpa beri isyarat, memang terkejut tapi saya tidak boleh bantah,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Menurut FAS, pemecatan Zainal Abidin itu adalah disebabkan kemerosotan prestasi skuad Gergasi Merah selepas tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Menjelaskan mengenai prestasi pasukannya itu, Zainal Abidin berkata pada awal musim skuad utama berada dalam kondisi terbaik namun tersepit selepas beberapa tonggak pasukan mengalami kecederaan.
Namun bagi admin kami merasakan tindakan Zainal berpindah dari Pahang ke Selangor adalah tindakan kurang tepat. Zainal dilihat lebih serasi bersama Pahang setelah membawa Pahang ke mercu beberapa kejayaan sebelum ini.
Comments