SEPERTI PAS : UMNO PUN HALAU AHLINYA KELUAR PARTI

Kalau selepas Muktamar 2015, PAS menghalau ahlinya yang tidak sebulu dengan pimpinannya keluar parti kini Umno pula berbuat demikian. Memang Umno dan Pas kini ada 'chemistry' sehati sejiwa. 
Anggota Umno yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti, ibarat gunting dalam lipatan.
Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Mohd Johari Baharom berkata sekiranya anggota terbabit kekal dalam Umno, ia hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.
"Sebelum ini ramai yang keluar Umno apabila menyokong kepimpinan Umno yang keluar parti dengan menubuhkan parti baharu seperti Semangat 46 dan PKR tetapi akhirnya mereka kembali kepada Umno.
"Umno merupakan sebuah parti yang kukuh dan sebagai anggota Umno kita akan pertahankan kepimpinan kita yang bersilih ganti bagi memastikan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu terus utuh pada masa depan," katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, di sini hari ini.

Comments

Ir Anonymous said…
Bila mereka dah kalah dlm pemilihan pimpinan tuduh plk PAS halau mereka..