OLIMPIK RIO : MALAYSIA MENANG PINGAT EMAS?

Malaysia tidak pernah menang pingat emas dalam sejarah sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik. Keinginan rakyat Malaysia untuk melihat atlet kita menaiki podium dengan kedudukan pingat emas masih belum kesampaian. Apakah hajat di Rio De Jenerio kali ini juga tingga angan-angan Mat Jenin.
Thailand awal-awal lagi memenangi pingat emas. Indonesia, Singapura juga telah memenangi pingat. Agaknya bilalah giliran Malaysia.
Lee Chong Wei sebelum ini nyaris-nyaris menghadiah pingat emas namun kecundang di pentas akhir perseorangan lelaki Badminton di dua temasya sebelum ini. 
Kali ini rakyat Malaysia sekali lagi mengharapkan Chong Wei dan Pandaleela Rinong. Kedua-dua atlet ini mungkin sudah terlalu tua untuk menyumbangkan sesuatu pada temasya akan datang. Jadi edisi kali ini adalah peluang keemasan terakhir kita unguk melunaskan hajat yang terpendam sejak sekian lama.
Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong beraksi hari ini di Maria Lenk Aquatics Center di Rio De Janeiro. 
Pasangan itu akan bersaing dalam acara 10m platform seirama bersama-sama pasangan penerjun nombor Satu dunia dari China, Chen Ruolin dan Liu Huixia.
Bagaimanapun, kedua-dua penerjun negara itu perlu berdepan dengan pasangan penerjun dari Korea Utara, Kim Kuk Hyang dan Kim Mi Rae selain pasangan yang berpeluang meraih pingat dari Kanada, Meaghan Benfeiro dan Roseline Filion.
Pasangan China merupakan pilihan ramai untuk mengekalkan pingat emas dengan pasangan Korea disebut-sebut untuk meraih pingat perak manakala Malaysia, Kanada, Mexico perlu berentap untuk gangsa.

"Saya tidak nampak sebarang sebab kenapa kita tidak boleh menjadi antara pesaing pingat," kata Pandelela.

"Saya mendapat pengalaman dalam Sukan Olimpik London dan kami kini lebih bersedia untuk podium," kata pemenang pingat gangsa berusia 23 tahun pada Sukan Olimpik London 2012 dalam acara 10m platform individu.
Ratu acara terjun kelahiran Sarawak itu tidak akan bersendirian apabila ibu bapanya, Pamg Heng dan Harti Lamin dan abang sulungnya, Pardika Inboma akan menyaksikan beliau beraksi.

"Dalam Olimpik London, tiada siapa menjangkakan saya menang satu pingat dan kedua-dua ibu bapa saya juga tidak ada di sana, namun kali ini mereka berpeluang melihat saya beraksi," kata Pandelela.
Beliau juga akan beraksi dalam acara kegemarannya 10m platform individu bersama rakan senegara Nur Dhabitah Sabri pada 18 Ogos.

Comments