Pemuda AMANAH komited untuk memastikan semua tertuduh yang terlibat dalam skandal mega 1MDB meletakkan jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah segera. Lantas usaha gerakan mahasiswa dan anak muda menganjurkan himpunan aman dengan mesej jelas -#TangkapMalaysianOfficial1 atau ringkasnya #TangkapMO1 - perlu didokong seluruh pihak yang memusuhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Keberanian anak-anak muda ini wajar penjadi pedoman buat semua pemain-pemain politik, aktivis-aktivis sosial dan NGO untuk turun memenuhi Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2016. Atas maksud memberi sokongan kepada himpunan tersebut, Pemuda AMANAH komited untuk menggerakkan seluruh anggota AMANAH di segenap pelusuk tanah air untuk turun dan bersama-sama mahasiswa dan anak-anak muda merealisasikan tuntutan himpunan tersebut.
Selari dengan solidariti himpunan ini, Pemuda AMANAH juga ingin memohon sekali lagi - sebagaimana kandungan memorandum yang telah dihantar kelmarin - perkenan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara menitahkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat sekarang untuk melepaskan jawatan. Keadaan ini walaupun berliku dilihat mampu memberi ruang untuk proses reformasi seterusnya, membubarkan Parlimen dan memilih Perdana Menteri baharu melalui ruang pilihanraya umum.
"Harapan Baru"
SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional / Pengarah Mobilisasi AMANAH*
Ketua Pemuda AMANAH Nasional / Pengarah Mobilisasi AMANAH*
Comments