Arakian tersebutlah kisah seorang mantan pembesar sebuah negeri yang namanya Yalama. Nama pembesar ialah Tedech. Pembesar ini dulunya bergelar Iretnem Nadarep. Gelaran ini sama setanding dengan Perdana Menteri dalam dunia moden sekarang.
Setelah Ted Ehc ini berhenti dari menjadi Iretnem Nadarep, beliau jelas masih bernafsu untuk terus popular walaupun sudah tidak bergelar Iretnem Nadarep. Ada sahaja hal yang beliau lakukan. Semua urusan pentadbiran negeri Yalama ini dikacau oleh beliau. Yang hairannya masih ada rakyat dan pembesar Yalama yang masih mahu mendengar pandangan dan nasihat Tedech ini.
Iretnem Nadarep yang berkuasa pada masa yang namanya Bijanayutnatla itupun seolah-olah takut kepada Tedech. Mungkin Bijanayutnatla takut kerana beliau ada kes yang diketahui oleh Tedech semasa Tedech menjadi Iretnem Nadarep dahulu. Bijanayutnatla merupakan salah seorang pembesar semasa Ted Ech menjadi Iretnem Nadarep. Apatah lagi anak Tedech juga menjadi salah seorang pembesar dalam istana Bijanayutnatla sekarang. Mungkin Bijanayutnatla terpaksa membodek Tedech kerana takut rahsianya terbongkar.
Semasa Tedehc menjadi Iretnem Nadarep dahulu, dia mempunyai seorang pembesar yang kuat pengaruhnya. Namanya Rawna yang memang dikenali di seantero benua negeri-negeri Yalama dan seluruh dunia. Namun Tedech mula curiga kepada Rawna kerana pada sangkaannya Rawna suatu hari nanti akan lawan ‘taukeh’. Tedech mencari jalan untuk menyingkirkan Rawna dengan apa jalan sekalipun. Maka Tedehc memfitnah Rawna dengan tuduhan yang berat iaitu suka kepada bontot lelaki. Maka Rawna ditangkap dan dibicarakan. Selain itu Rawna juga dituduh menyalagunakan kuasa dan korup. Akhirnya Rawna dibuang dan dipenjarakan selama beberapa tahun dan purnama.
Namun begitu Rawna bukanlah seorang yang mudah putus asa. Selepas keluar dari penjara Rawna terus cergas menentang pembesar negeri sebelum Bijanayutnatla iaitu Halkap . Nyaris Halkap tewas pada pertarungan merebut negeri Yalama yang diadakan 4 tahun sekali.
Pertarungan ini diadakan dengan memanggil sekelian hamba rakyat ke istana dan diadakan pemilihan secara bisik-bisik.
Tedech benar-benar takut akan kuasa Yalama jatuh ke tangan Rawna. Sebab itulah semasa Halkap menjadi menjadi Nadarep Iretnem, Tedech saban hari menghentam Halkap yang dengan pelbagai tuduhan. Akhirnya Halkap berundur dan member laluan kepada BIjanayutnatla untuk menggantikannya.
Selepas Bijanayutnatla menjadi Nadarep Iretnem, Tedech kelihatan lebih hebat. Banyak keputusan yang dibuat Bijanayutnatla seolah-olah datangnya dari buah fikiran Tedech. Ramai rakyat berpendapat Tedech seolah-olah menjadi orang yang paling berkuasa di Yalama. Selepas itu Tedech jelas tidak puashati jika Rawna masih ada pengaruh di Yalama. Macam-macam fitnah yang Tedech kenakan kepada Rawna. Tedech menuduh Rawna berjahat dengan 2 perempuan mongel walaupun katanya 4 perempuan mongel yang datang menggoda Rawna. Seperti biasa Rawna menafikan fitnah Tedech ini.
Bersambung …………………………
Comments