MUHYIDDIN SUDAH BERSIAP UNTUK LAWAN NAJIB ATAU LAWAN ALI?

Semua orang tahu Muhyiddin Yasin memang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Sudah menjadi resam dunia, semua Timbalan Perdana Menteri bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Bukan semua Timbalan Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri. Allahyarham Tun Dr Ismail, Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim adalah antara Timbalan Perdana Menteri yang tidak berjaya menjadi pemimpin nombor satu negara. Nak buat macamana sudah ditakdirkan tidak dapat 'mengecapi' nikmat sebagai orang paling berkuasa di Malaysia. Namun Anwar Ibrahim masih berpeluang jika PR menang pada pilihanraya akan datang. Bagi Musa Hitam semuanya sudah tertutup. Selain dari mereka ada seorang lagi yang kepingin benar untuk menjadi Perdana Menteri. Orang itu ialah Ku Li, yang banyak kali kandas dalam perebutan kerusi Presiden Umno yang menjadi tiket untuk ke kerusi nombor wahid tersebut.
Kini Muhyiddin Yassin yang sedang berada di kerusi panas nombor dua itu. Muhyiddin sudah tentu berniat dan mengidam untuk menjadi Perdana Menteri. Ada dua jalan untuk Muhyiddin naik, samada menggesa Najib berundur atau Najib sendiri mahu pencen ataupun mencabar Najib untuk kerusi Presiden Umno pada pemilihan Umno akan datang.
Namun dari situasi semasa kita lihat Najib tidak akan berundur dalam masa terdekat. Penghulu 1Malaysia ini dilihat semakin gagah mencengkam kuasanya di kerusi nombor satu itu. Muhyiddin terpaksa bersabar dan kenalah berdoa supaya Najib pencen cepat.
Tetapi pada masa yang sama Muhyiddin terpaksa menghadapi ancaman Ali Rustam, pemimpin rasuah yang dihalang menentang Muhyiddin pada pemilihan lalu. Kalau di negara barat Ali sudah tentu tidak ada masa depan kerana telah didapati terlibat dengan rasuah. Namun oleh kerana tidak ada maruah dan ahli Umno sendiri tidak rasa rasuah itu jijik, maka Ali masih berpeluang untuk mencabar Muhyiddin.
Jadi sebelum Muhyiddin bercita-cita untuk merebut kerusi Najib alangkah eloknya Muhyiddin sedar diri dan berusaha untuk menghalang dari kerusinya sendiri jatuh ke tangan kaki rasuah dari negeri Hang Tuah ini.
Muhyiddin lawan Najib ATAU Muhyiddin lawan Ali?.............

Comments

Anonymous said…
Ali takde talent jadi TPM atau PM? Rosak Malaysia kalau Ali sampai tahap tu..