Dakwaan Perdana Menteri bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah semasa Pilihanraya Kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah suatu pembohongan yang nyata.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihanraya PAS yang menghalang Anwar dari menyampaikan ceramahnya semasa kempen Pilihanraya kecil tersebut.
“Saya terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, kita tidak pernah pun berbincang dan mengambil keputusan sedemikian”.
“Kalau Najib berkata ada sms yang tidak suka Anwar datang ke Merlimau mungkin itu perang saraf dari jentera Umno sendiri, sesiapa pun boleh hantar sms semacam itu” Yusof.
Yusof berkata semasa kempen PRK Merlimau baru-baru ini banyak sms yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
“Takkan seorang yang berjawatan Perdana Menteri sanggup menggunakan sms yan
g tidak tahu dari mana asalnya sebagai hujah, jatuhlah ‘standard’”.
“Saya kesal dengan dakwaan ini kerana ianya menggambarkan bahawa minda Perdana Menteri kita lebih kurang sama dengan minda JKKK atau Kemas” tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.
Menurut Yusof, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini dari Anwar kerana mereka tahu pemimpin PKR itu mempunyai banyak informasi samada dari orang dalaman Umno atau luar negeri.
“Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang ujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran PR” tegas Yusof.
Comments