Kami rakyat Malaysia yang membayar cukai kepada kerajaan tidak rela satu sen pun duit rakyat digunakan oleh kerajaan BN untuk berkempen di Merlimau dan di mana sahaja. Kami akan tuntut hak kami di Hari Kiamat semasa perbicaraan di Yaumul Mahsyar kelak.
Di bawah ini kami nukilkan beberapa bukti duit kami digunakan oleh kerajaan BN untuk berkempen bagi BN:-
1) Menggunakan Politeknik Merlimau untuk program BN. Air, elektrik dan semua kemudahan itu dibiayai oleh rakyat.
2) Menggunakan khidmat Polis untuk kemudahan pemimpin BN berkempen ke sana ke mari.
3) Menggunakan agensi kerajaan seperti Kemas, JASA, Felcra dan semua jabatan serta agensi kerajaan untuk berkempen bagi pihak BN
4) Menggunakan duit agensi kerajaan untuk kempen BN secara langsung atau tidak langsung.
5) Menggunakan premis awam untuk kempen dan program BN seperi sekolah, balai raya dan sebagainya
6) Menggunakan semua kakitangan kerajaan, fasiliti dan kemudahan kerajaan seperti kenderaan dan sebagainya untuk kempen BN.
7) dan lain-lain.
Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz bahawa kemenangan BN adalah kemenangan tidak halal.
Blog ini mencabar Ketua Menteri Melaka supaya membentang secara terperinci tentang perkara di atas sekiranya beliau benar-benar telus dan professional.
Blog ini sedia untuk menganjurkan debat antara Ali Rustam dan Pemimpin PAS berkenaan isu penggunaan jentera kerajaan atau apa juga tajuk yang dimahukan oleh beliau.
Comments