HARUSSANI TAKUT JUMPA NIK AZIZ?

Tok Guru Nik Abdul Aziz memang seorang yang bersifat terbuka dan sedia bertemu sesiapa sahaja dalam apa juga isu. Beliau sentiasa berlapang dada. Sebab itulah beliau berani bertemu dengan sesiapa sahaja paderi, sami dan sesiapa sahaja. Selepas ini beliau sanggup bertemu dengan Karpal Singh dalam isu judi.
Namun malang bagi seorang yang bergelar mufti tidak berlapang dada dan tidak menghormati orang lain. Walaupun Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menghantar surat untuk bertemu dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria, namun mufti tersebut menolak dengan pelbagai alasan. Ternyata mufti ini berperangai dengan perangai Umno yang susah untuk diajak berbincang dalam isu-isu agama.
Tok Guru sehari dua telah menghantar surat kepada Harussani untuk bertemu bagi membincangkan isu undi PAS masuk syurga yang dikritik hebat oleh Harussani. Alangkah baiknya jika kedua-dua mereka bertemu dan bertukar pandangan dan hujah. Mungkin Harussani mempunyai hujah yang mantap dan kuat. Mungkin juga Harussani ada hujah bahawa undi PAS masuk neraka ataupun haram. Mungkin Harussani ada hujah yang menyatakan menyokong parti yang selalu menganjurkan maksiat dapat pahala dan keredhaan dari Allah.
Jadi untuk itu alangkah baiknya jika Harussani bersikap terbuka dan berjiwa besar untuk bertemu Tok Guru. Atau mungkin Harussani seorang yang sangat mulia dan tinggi maqamnya sehingga orang seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak layak untuk bertemu dengannya.
Cuma orang yang maqamnya tinggi seperti Najib, Zambry dan lain-lain pemimpin Umno sahaja yang boleh berjumpa dengan Sahibul Samahah agaknya.............

Comments

Anonymous said…
YA, KALAU TGNA BOLEH BUAT SYIRIK BARU BULEH JUMPA ULARMAK NI....CUBA SURUH TGNA LETAK ANCAK ATAU KALUNGKAN BUNGA KAT PATUNG BARU BOLEH!!!