Anwar sekali lagi difitnah. Kali ini bukan tuduhan liwat ketiga, tetapi tuduhan beliau dibekalkan dengan 4 perempuan mongel yang bisa menggetarkan iman seseorang. Tuduhan itu menyebut bahawa Anwar dibekalkan dengan 4 orang perempuan, 2 darinya enggan menanggalkan pakaian dan 2 lagi menerimanya.
Siapa yang buat tuduhan itu? Tidak lain tidak bukan siapa lagi kalau bukan orang tua yang tidak pernah insaf dan sedar bahawa kubur kata mari rumah kata pergi. Tergamak beliau membuat tuduhan seperti itu sedangkan ianya suatu tuduhan yang dahsyat yang jika ianya tidak pernah maka ia adalah dosa besar di sisi Allah. Mengapa si tua ganyut itu sanggup membuat tuduhan tersebut tanpa membawa 4 orang saksi.
Mengapa begitu busuk hati si tua kutuk ini terhadap Anwar. Kalau betul Anwar melakukan perbuatan yang membawa kepada dosa besar itu sila bawakan 4 orang saksi dan buat laporan di mahkamah.
Jika Anwar tidak melakukan perkara itu maka sudah tentu si penuduh melakukan fitnah yang dahsyat yang disebut di dalam Al Qur'an - Fitnah itu lebih besar dari membunuh (Al Fitnatu asadu minal qatla).
Anwar memang konsisten menyatakan bahawa semua tuduhan samada liwat atau tuduhan terbaru ini adalah fitnah dan merupakan konspirasi untuk membunuh karier politiknya.
Hanya dua keadaan sahaja yang kita sepatutnya sedar iaitu SAMADA SI TUA GANYUT BOHONG atau ANWAR YANG BOHONG. Tepuk dada tanya IMAN.
Comments