MUKTAMAR PUSAT : PAS MESTI BERSEDIA UNTUK BERUBAH DAN MENCARI PEMIMPIN YANG DITERIMA RAKYAT

PAS akan mengadakan Muktamar Tahunannya pada bulan Jun ini. Muktamar tahun ini akan melibatkan pemilihan pucuk pimpinan.
Sebagai sebuah Parti Islam yang didokong oleh individu yang faham dan patuh kepada Islam dan jemaah, seseorang pimpinan mesti bersedia untuk berkorban demi kelangsungan perjuangan. Jangan kita syok sendiri sehingga merasa bahawa kita adalah pemimpin terbaik sehingga menafikan kredibiliti dan karisma orang lain.
Ada pemimpin yang sebenarnya mempunyai bakat dan kredibiliti serta karisma. Malah mereka juga diterima oleh seluruh rakyat yang berlainan bangsa dan fahaman. Namun mereka mungkin tidak mempunyai cita-cita tinggi untuk duduk di saf hadapan dan lebih selesa memberi laluan kepada orang lain.

PAS sepatutnya sudah mempunyai perancangan dan sudah nampak siapa pemimpin yang diterima rakyat bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam dan bukan Melayu. PAS mesti memupuk dan membuat perancangan ke arah melahirkan negarawan supaya pemimpin PAS diterima oleh semua orang.
Secara jujur, siapa pemimpin PR yang boleh menandingi Anwar dari segi penerimaan semua kaum. Apa akan jadi jika Anwar tiada. Beliau bukannya boleh hidup menongkat langit. Umurnya pun sudah menjangkau 64 tahun. Siapakah pemimpin PAS yang boleh menggantikan Anwar???? Kita bukannya memandang rendah kepada keupayaan dan karisma pemimpin kita sekarang. Tetapi kena sedar bahawa pemimpin yang ada sudahpun berumur. Mereka memang layak dan boleh memimpin kita sampai bila-bila tetapi pada masa yang sama kita mesti mempunyai pemimpin pelapis yang mampu menarik sokongan semua pihak iaitu orang Islam, Melayu, bukan Islam, India, Cina dan sebagainya.
Tulisan ini hanyalah tulisan santai tetapi ianya penting kerana 'sucession plan' dan 'long term paln' mesti disediakan oleh PAS bagi menjamin anjakan sokongan rakyat. Jika tidak PAS akan hanya berada di tapak yang ada sekarang atau mungkin lebih teruk dari sekarang.

Insan Mengharap
Cameron Highlang

Comments

Anonymous said…
Ramai para ahli sudah pun bersuara agar PAS bersedia berubah dan mencari pemimpin yang diterima rakyat.

Saya sendiri merasa terkilan dengan keputusan yang "DI CAPAI" semasa muktabar yang di adakan di Selangor dulu. Di muktamar tersebut, mengapa keputusan pemilihan lambat di umum kan? Jawapan nya begitu sukar untuk saya dapatkan.

Di dalam PAS sendiri di kala ini ramai dari kalangan para pemimpin yang hanya layak menjadi pendakwah saja. Bukti nya kerana ramai dari mereka yang tak turun semasa prk Tenang, Merlimau dan Kerdau. Walhal Najib samggup meluankan masa.