PAS TIDAK PERNAH TERTEKAN WALAUPUN KALAH

PAS tidak pernah tertekan walaupun kalah pada setiap kali pilihanraya. Jika benar PAS tertekan sudah lama Parti Islam ini terkubur sebagaimana parti lain seperti Parti Negara, Nasma, Parti Melayu Semangat 46 dan lain-lain.

PAS dan ahlinya berjuang untuk Islam bagi menegakkan Islam bukannya berjuang untuk manusia dan kuasa semata-mata. Bagi PAS kekalahan di dunia tidak bererti kita tewas di akhirat. Perkara yang paling penting ialah segala kerja buat kita didunia ini mesti selari dengan tuntutan Allah dan ajaran Nabi Mohammad S.A.W.

Kita yakin segala yang kita lakukan di dunia akan dikira oleh Allah hatta ketika masuk tandas sekalipun. Itu sebabnya walaupun kita tewas, kita yakin ianya akan dikira oleh Allah.

Apa guna kita menang, jika kemenangan itu atas dasar penipuan, ugutan, rasuah, tidak adil, penipuan, pembohongan, fitnah dan sebagainya. Sudah pasti jika itu berlaku kemenangan itu akan mendapat kemurkaan dari Allah. Kita mungkin menang di dunia tetapi bagaiman di Akhirat kelak???????

Dakwaan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa PAS tertekan dengan kekalahan 4 kali berturut-turut sejak adalah tidak benar kerana kita percaya dengan janji Allah. Kemenangan hakiki kita di Akhirat kelak. Sebab itu samada Umno atau PAS kita perlu membuat muhasabah apakah perjuangan kita ini diredhai Allah atau tidak? Apakah dengan menipu, menggunakan duit rakyat, zalim, bohong, fitnah, penyalahgunaan kuasa, tidak adil dan sebagainya akan memungkinkan kita akan mendapat redha Allah?????

Najib dalam kenyataan medianya semalam dipetik dari Utusan Meloya berkata Pas kini berada dalam keadaan tertekan selepas parti itu kalah empat kali berturut-turut kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang lebih besar pada pilihan raya kecil.

Menurut Perdana Menteri, tekanan tersebut makin terserlah apabila isu agama yang cuba dipolitikkan Pas tidak lagi diterima rakyat dan buktinya, BN menyapu bersih semua saluran pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Gambar di atas sekadar hiasan

Comments