'BUNUH' ANWAR, BN SELAMAT

Mahathir dan Najib tahu bahawa perpaduan Pakatan Rakyat bergantung kepada Anwar Ibrahim. Hidup Anwar bermakna hidup PR. Oleh jalan terbaik bagi BN ialah 'membunuh' karier politik Anwar dengan program pembunuhan karakter yang telah berlangsung sejak dari dulu, kini dan selamanya.

Namun program jahat ini semakin hebat dilakukan setelah BN kalah pada PRU ke 12 tepat 3 tahun lalu.

Antara individu yang hebat dibunuh karakternya ialah Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Nizar Jamaluddin pada suatu ketika dahulu.

Kini Anwar terus diserang dengan hebat kerana beliaulah jantung kepada perpaduan PR. Sekali lagi senjata liwat digunakan untuk mem'bunuh' Anwar. Kes ini masih berlanjutan. Tidak habis dengan kes liwat kedua ini, sehari dua ini timbul isu baru iaitu keterlibatan Anwar dalam isu hubungan seks dengan perempuan montok dan mongel. Cerita ini dibawa oleh tidak lain tidak bukan Mahathir, mantan Perdana Menteri.

Tidak habis-habis dan tidak sudah-sudah cemburu dan dengki Mahathir kepada Anwar. Mahathir tahu selagi karier politik Anwar hidup dan segar selagi itulah ia menjadi duri dalam daging kepada BN. Mahathir mungkin mempunyai cita-cita besar untuk memastikan anak didiknya terus menguasai kerajaan malah mungkin beliau mahu melihat satu hari nanti anaknya sendiri mewarisi jawatan Perdana Menteri sebagaimana Najib mewarisinya dari ayahandanya,
Mahu tidak mahu taktik terbaik ialah 'membunuh' karier politik Anwar supaya PR berpecah dan ditolak rakyat.

Comments