DEMO BANTAH ROBOH SURAU DAN PASTI BUKIT KATIL : POLIS BAZIRKAN DUIT RAKYAT

Rakyat Malaysia sepatutnya diberikan hak untuk berhimpun menyatakan bantahan di atas apa juga perkara yang melibatkan kepentingan mereka.

Namun hak untuk berhimpun itu seringkali dinafikan. Polis yang gajinya dibayar oleh duit rakyat digunakan untuk menghalang hak berhimpun rakyat. Bukan setakat batang tubuh Polis digunakan untuk 'berlawan' dengan rakyat, van, lori, land rover dan macam-macam lagi fasiliti Polis digunakan untuk menghalang demonstrasi aman tersebut. Sudah tentu banyak duit rakyat hangus untuk membiayai minyak kereta Polis dan sebagainya.
Sepatutnya tenaga dan fasiliti itu digunakan untuk membenteras jenayah tetapi dewasa ini ianya banyak digunakan untuk berdepan dengan rakyat. Demontrasi rakyat bukannya bahaya dan ganas mereka hanya ingin berhimpun secara aman.
Minggu lepas, blog ini dihujani dengan banyak pertanyaan kerana dilaporkan beratus-ratus anggota Polis siap dengan Polis topi merah berkumpul di perkarangan masjid Bukit Katil. Polis agaknya mendapat maklumat bahawa rakyat akan berkumpul sekali untuk membantah tindakan zalim kerajaan BN hendak merobohkan surau dan PASTI Bukit Katil. Ada polis yang sembahyang Jumaat dan ramai juga yang berani menentang Allah dengan tidak bersolat Jumaat. Mereka berlonggok di depan masjid dan di kedai cendol tanpa rasa segan silu kepada Allah dan manusia lain.
Dari mana mereka dapat maklumat bahawa ada demonstrasi sedangkan sebenarnya tidak ada seorang pun yang berdemonstrasi pada hari tersebut. Berapa banyak duit rakyat hangus pada hari itu. Blog ini yakin ramai rakyat Malaysia tidak redha satu sen pun duit mereka dibazirkan sedemikian rupa.
Minggu ini blog ini menjangkakan bahawa akan ada demontrasi di beberapa buah masjid khususnya di masjid Bukit Katil. Masjid lain yang terlibat ialah Masjid Saidina Ali, Masjid Bukit Baru, Masjid Al Azim dan Masjid Ayer Keroh. Mungkinkah Polis akan membazirkan duit rakyat lagi.
Blog ini ingin menasihati pihak Polis supaya tidak menjadikan rakyat sebagai musuh. Rakyat hanya mahu berhimpun secara aman selama paling maksimum pun 1 jam sahaja. Lepas itu mereka pun kepanasan dan pulang dengan aman. Tak perlulah Polis bersusah payah membazirkan wang rakyat. Siapa yang hendak menjawab segala tuntutan rakyat di Padang Mahsyar nanti kerana mereka tidak akan redha walau satu sen pun duit mereka digunakan untuk kepentingan BN bukan untuk rakyat.

Comments