Apa agaknya yang menyukarkan PR untuk melantik Ketua Pembangkang sementara menggantikan Anwar Ibrahim. Apa masalahnya. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada, Saifudin Nasution ada, Mohammad Nizar Jamaluddin ada dan ramai lagi selain dari mereka.
Kalau PR ingin melantik Ketua Pembangkang di kalangan bukan Melayu, YB Lim Kit Siang ada, YB William Leong ada dan ramai lagi. YB Manikavasagam pun ada jika kita mahu Ketua Pembangkang sementara dari keturunan India.
Tidak nampak sesuatu yang susah untuk melantik Ketua Pembangkang sementara jika semua komponen sepakat dan membuat keputusan secara kolektif. Janganlah PR terlampau rigid sehingga rakyat melihat bahawa tanpa Anwar, PR tidak mampu berpadu dan gagal mencapai kata sepakat dalam melantik Ketua Pembangkang.
Kegagalan PR melantik Ketua Pembangkang akan memberikan peluru baru kepada BN untuk menyerang PR. Hari ini Nazri Aziz, menteri yang menjaga hal ehwal parlimen berkata ahli parlimen PR seolah-olah anak ayam kehilangan ibu kerana tiada ketua.
Kalau perkara sekecil ini gagal diselesaikan oleh PR macamana mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa PR adalah sebuah gabungan yang mantap dan perpaduannya tidak boleh dipertikaikan,
Minggu hadapan rakyat Malaysia ingin mengetahu siapakah Ketua Pembangkang yang baru .........
Comments