Syukur kepada Allah S.W.T kerana pilihanraya kecil Merlimau telah selamat diadakan. Walaupun pelbagai kenangan pahit terpaksa ditelan lantaran sikap dan perangai Umno/BN yang terus mengamalkan sikap tidak bertamadun, tidak professional, melanggar peraturan tanpa segan silu dan seribu satu macam penyelewengan dan salah laku, namun Merlimau memberikan seribu satu macam pengalaman berguna kepada setiap petugas PAS/PR.
Apa yang penting kita dapat menilai betapa pentingnya perancangan, pengurusan masa, team work, komitmen, pengorbanan/jihad, sensitiviti, tindak balas, gerak saraf, pengurusan kewangan, kreativiti, wala', strategi, gerakan menyerang, gerakan bertahan, skill dan sebagainya.
Kita tidak mahu menceritakan secara terperinci di sini tetapi memadai jika dinukilkan di sini bahawa perkara asas dari segi jentera sangat penting. Bilangan cawangan dan petugas di setiap peti undi menjadi kunci utama kekuatan sesebuah jentera. Petugas juga bukan sekadar meramaikan orang tetapi mestilah petugas yang sanggup menginfakkan masa, idea dan komitmennya kepada perjuangan.
Tanpa komitmen, kesungguhan, skil, ilmu pilihanraya dan lain-lain kita tidak mungkin dapat memberikan impak besar kepada gerakerja keseluruhannya.
Namun begitu jelas sekali semua petugas dari atas sehingga ke bawah telah berjaya memperolehi pengalaman yang amat berguna sebagai bekal untuk menghadapi PRU 13.
Comments