Seminar isu-isu semasa anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat esok dicadangkan supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap fitnah dan tohmahan bahawa PAS pengkhianat melayu kerana begitu mesra malah mempertahankan DAP dalam segenap perkara.
Setakat ini orang Melayu terus termakan dengan momokan Umno BN bahawa PAS meminggirkan orang Melayu dan Islam sebaliknya terus tunduk kepada DAP. Malah PAS lebih rela berkawan dengan DAP dari berkawan dengan rakan seagama mereka iaitu Umno.
Bagi blog ini tidak ada gunanya kita memerah otak untuk mengupas dan berbincang dengan isu rasuah, penyelewengan dan sebagainya sedangkan isu yang menyebabkan orang Melayu tergila-gila dengan Umno tidak kita bincangkan.
Kita tahu sebahagian besar kerusi yang PAS kalah adalah kerusi melayu totok di kawasan luar bandar. Pengundi di kawasan inilah yang sukar untuk diberi faham kerana mereka hanya mengambil TV dan Utusan Meloya serta Berita Hairan sebagai dalil dan hujah untuk menolak PAS dan PR.
Kita tahu memang isu begitu banyak sekarang ini. Tetapi orang Melayu di luar bandar ini tidak kisah dan hairan dengan isu. Sebaliknya mereka lebih takut dengan isu DAP akan menjadi kerajaan, Melayu dan Islam dipinggirkan oleh PR kerana adanya DAP sebagai komponen PR.
Adalah diharapkan penganjur dapat memikirkan hal ini semasak-masak!!!!!!!!........

Comments