DAFTAR PR SEBAGAI PARTI SAH: PENDAFTAR PERTUBUHAN KELUK KELIK

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berterus berdolak dalik dengan status pendaftaran Pakatan Rakyat (PR). Sekali kata boleh lepas itu kata tidak boleh pula. Lebih malang lagi permohonan yang telah dihantar sekian lama pun mereka tidak tahu.

Ternyata ada yang cuba melambat-lambat proses pendaftaran ini. Apakah ROS bekerja untuk sesuatu pihak sehingga gagal memainkan peranan dengan berkesan dalam urusan pendaftaran PR.

Media hari ini melaporkan bahawa Pakatan pembangkang tidak boleh membentuk satu gabungan rasmi kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pakatan itu yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' ketika ini dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.

Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Mana satu yang betul ini, Alias atau Rahman yang betul. Atau dua-dua tidak betul ...........

Comments