2 PELAJAR SEKOLAH TERKENAL DI MELAKA MURTAD, MANA KOMEN ALI RUSTAM?

Sudah beberapa hari blog Angkasanuri menyiarkan berita 2 pelajar perempuan sebuah sekolah terkenal di Melaka murtad. Berita itu diketahui setelah salah seorang guru yang terlibat dengan isu tersebut sendiri yang menceritakan kepada blogger terbabit. Kini pelajar terbabit sudahpun ditukarkan ke sebuah sekolah di Bandaraya Melaka. Ibubapa pelajar terbabit sudah dipanggil dan dimaklumkan tentang isu tersebut.
Malangnya tidak ada satu komen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Melaka. Mungkin mereka merasakan ianya tidak penting. Apa yang lebih penting bagaimana untuk menyogok dan merasuah pengundi Merlimau supaya mengundi BN pada 6 Mac lalu.
Malang sekali bagi rakyat Melaka mempunyai kerajaan yang tidak langsung sensitif tentang isu murtad ini. Kini anak-anak kita yang belajar di sekolah-sekolah di mana sahaja terdedah kepada bahaya murtad.
Apa tindakan kerajaan negeri dan jabatan pelajaran ????????????????..............

Comments

Anonymous said…
UMNO lagi suka...puak-puak murtad ni gerenti dah tak undi PAS!!!