PRK MERLIMAU DAN KERDAU : BN TIDAK BOLEH MENDABIK DADA

Kemenangan berganda BN di Dun Kerdau dan Merlimau semalam tidak memberikan banyak impak kepada BN dan PAS.

Walaupun PAS tewas kedua-dua kerusi tetatpi jumlah pengurangan undi PAS tidaklah besar. Ini menunjukkan bahawa penyokong serta pengikut PAS di kedua-dua Dun tersebut masih kuat dan kekal.

Di Kerdau pada PRU 12 (2008) PAS mendapat 2520 undi berbanding 2336 undi yang diperolehi semalam. Ini bermakna PAS hanya kehilangan 184 undi sahaja. Manakala di Merlimau PAS kehilangan 508 undi di mana semalam PAS memperolehi 2319 undi berbanding pada PRU 2008 dengan 2827 undi.

Kemenangan besar BN di Kerdau dan Merlimau banyak bergantung kepada peningkatan peratus pengundian di mana di Kerdau peratusannya melonjak kepada 83 % lebih 3 % dari PRU 2008. Manakala di Merlimau peningkatannya adalah sebanyak 2.8 % iaitu 78.98 % semalam dan 76.18 % pada PRU 2008.

Comments