TIADA TEMPAT BAGI PEMIMPIN PENTING DIRI

Blog ini menyokong penuh kenyataan tegas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengalu-alukan pemimpin parti yang tidak terpilih menjadi calon pada PRU akan datang supaya keluar parti.
Kenyataan tegas itu memang wajar kerana hanya pemimpin yang ikhlas dan tidak mempunyai agenda sendiri sahaja layak untuk bersama PR. Pemimpin yang mementingkan diri wajar untuk keluar dan menyertai Umno yang dianggotai oleh individu yang sememangnya mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri apabila menyertai politik.
Anwar dalam kenyataannya semalam dipetik dari Sinar Harian berkata hanya pemimpin yang sanggup berkorban sahaja layak untuk bersama PR.
PKR dikritik hebat selepas PRU 2008 kerana ramai dari Wakil Rakyatnya melompat parti menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Umno/BN. Antaranya Zulkifli Nordin, Mohd Razi Salleh, Tan Tee Beng, Gobalakrishnan dan lain-lain.

Comments