Sedih dan sayu mengenangkan betapa buruknya perangai pihak tertentu semasa kempen Pilihanraya Kecil Merlimau baru-baru ini.
Dek kerana kebencian dan kerakusan nafsu lantaran diupah dengan habuan dunia mereka sanggup memaki hamun, memfitnah dan mencaci hina ulama’.
Ada ulama’ yang gambar mereka di’superimpose’ dengan digambarkan dalam keadaan mengaibkan, lucah dan meloyakan. Semua itu tidak lain tidak bukan dibuat untuk mengelirukan orang ramai supaya menyokong parti yang benci kepada ulama’.
Ulama dimaki hamun dicaci hina dengan panggilan buruk seperti najis, ajis dan sebagainya. Ada yang difitnah kononnya ulama’ mengeluarkan fatwa undi PAS masyyyuuuuk surga dan sebagainya.
Tidak takutkah mereka akan hadis Nabi bahawa Ulama’ adalah pewaris Nabi. Ulama’ dimuliakan oleh Nabi kerana mereka adalah pewaris kepada perjuangan Nabi.
Mengapa mereka sanggup melakukan perkara keji sedemikian.
Adalah diharapkan pada masa hadapan kalaupun perjuangan ulama’ itu dikeji dan dihina janganlah pula ulama’ itu dihina. Tetapi ingat perjuangan ulama’ adalah perjuangan Islam iaitu perjuangan yang mesti didokong dan disokong.

Comments