PILIHANRAYA ADIL : MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

Ramai yang ketawa terbahak-bahak bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

Bebal sungguh Menteri Umno ini sehingga tidak dapat melihat kehebatan dan ketelusan perjalanan pilihanraya di negara lain. Selain itu beliau ini seolah-olah tidak tahu bahawa setiap kali adanya pilihanraya maka sudah tentu akan ada orang yang tidak puashati terhadap perjalanan proses pendaftaran sehingga kepada keputusan pengundian diumumkan.

Perkara asas yang sehingga kini gagal ditangani ialah :-1) Media yang berat sebelah tidak ditangani oleh SPR
2) Penggunaan jentera kerajaan dan premis awam oleh parti gagal diambil tindakan.
3) Terdapatnya pengundi yang namanya ada di 2 tempat mengundi yang berlainan
4) Tiadanya mekanisme untuk memastikan pengundi tidak mengundi 2 kali (tiada celupan dakwat dan sebagainya).
5) Terdapat keraguan di mana ada pengundi yang hilang namanya ditempat pengundian asal sedangkan pengundi tersebut sudah mengundi beberapa kali ditempat yang sama pada PRU atau PRK sebelum itu.
6) Rasuah, ugutan dan sogokan berlaku berleluasa tetapi tiada tindakan diambil walaupun diajukan dengan bukti yang nyata.
7) SPR bertindak mengatasi kuasa Speaker dalam memastikan kekosongan kerusi Parlimen atau DUN sedangkan tugas SPR ialah mengendalikan pilihanraya bukanya menentukan kerusi kosong atau tidak.
8) Terdapat kes di mana masa pengundian disambung sehingga lebih 2 jam.
9) Proses pengundian pos yang tidak telus dan dipertikaikan sehingga sekarang. Sepatutnya undi pos sudah tidak ujud kerana keadaan keselamatan negara amat baik dan terkawal.
10)Persempadanan semula kawasam pilihanraya dibuat bukan mengikut kepentingan rakyat tetapi kepentingan pihak tertentu sehingga ada kawasan pedalaman yang mempunyai jumlah pengundi yang sangat ramai dan sangat luas. Sepatutnya kawasan sebegini dikecilkan.

Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara yang tempang dan meragukan berkaitan dengan proses pilihanraya di negara kita seperti yang digariskan oleh BERSIH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata bahawa pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

Selama hari ini, kata Nazri tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi.

Menurutnya ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) mengenai benarkah proses pilihan raya di negara ini tidak dijalankan secara adil seperti yang didakwa pembangkang.

Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

"Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi.

"Ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka," katanya.

Comments