6.45 PAGI - PETUGAS PAS MULA BERSIAP SEDIA, SPR JUGA TELAH MULA BERTUGAS

Semua petugas PAS terdiri dari Polling Agent, Peguam dan perayu undi baru sahaja menunaikan solat subuh di semua Markaz UPU. Dengan doa dan harapan tinggi agar Allah menghalang segala kerja jahat dan penipuan puak-puak yang tidak bertamadun, mereka melangkah gagah memulakan amanah besar perjuangan Islam.

Sementara itu krew kami di beberapa Peti Undi melaporkan petugas SPR mula sibuk menyediakan tempat pengudian yang akan dibuka kira-kira 1 jam 15 minit lagi.

Comments