MAHATHIR BERTANDING PILIHANRAYA UMUM KE 13????

Blog ini mencadangkan supaya mantan Perdana Menteri bertanding semula ada PRU 13 ini jika ingin terus berpolitik. Sejak akhir-akhir ini beliau semakin aktif mengkritik, memfitnah dan menuduh orang lain khasnya Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.
Terbukti otak dan minda beliau masih kuat dan berupaya untuk terus memfitnah dan menuduh sesiapa sahaja tanpa bukti. Alangkah baiknya jika Mahathir bertanding semula mewakili Umno/BN supaya beliau boleh terus bertindak sebagai ahli politik sepenuh masa. Mungkin Najib boleh melantik beliau semakin menteri mentor atau mentol Malaysia.
Tidak ada gunanya bersuara dari luar gelanggang lebih baik masuk semula ke dalam gelanggang untuk berpencak silat dengan PR. Jika BN tidak memperuntukkan sebarang kerusi mungkin Mahathir boleh membentuk sebuah team dengan Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin ataupun masuk parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.
Saya cadangkan beliau bertanding di Parlimen Permatang Pauh atau Parlimen Lembah Pantai.
Selamat kembali ke dunia politik wahai Tun Mahathir!!!!!!!!!!!

Comments