BICARA ANWAR : TUALA GOOD MORNING, BERUS GIGI DAN BOTOL MINUMAN TAK BOLEH JADI BUKTI

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.

Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.
Sumber : Malaysiakini
Ulasan : Diharapkan selepas ini perbicaraan ini akan berlaku dengan adil, telus dan professional. Ianya menjadi perhatian antarabangsa. Jangan burukkan imej institusi kehakiman negara kita dengan keputusan-keputusan yang tidak masuk akal dan tidak professional.

Comments