Bilalah agaknya minda pengundi Melayu khususnya di Melaka akan berubah? Sedih kita melihat bagaimana ceteknya minda mereka apabila masih terpengaruh dengan pemberian benda, sogokan projek pembangunan mee segera, termakan dengan rasuah wang yang tak seberapa, tertipu dengan bantuan baiki rumah dan sebagainya.
Sedangkan perkara pokok yang lebih besar seperti rasuah, penyelewengan wang zakat /tanah wakaf, kronisme, pengkhianatan kepada Agama dan Orang Melayu, penghapusan biasiswa, kenaikan harga minyak/barangan, pembaziran, maksiat yang berleluasa dan lain-lain tidak memberi bekas kepada mereka.
Di Merlimau isu dibangkitkan untuk kesekian kalinya guna untuk menyedarkan rakyat betapa besar dan seriusnya isu-isu tersebut. Namun ianya tidak memberi bekas kepada pengundi khasnya Melayu.
Mengapa begitu sekali sikap dan minda mereka, tidak mahu menerima kebenaran. APAKAH HATI MEREKA SUDAH DIMETERI OLEH ALLAH TIDAK DAPAT MENERIMA KEBENARAN? NA'UZUBILLAH.
Comments