SKUAD KAMERA BERSEDIA MEMIKUL CABARAN

Skuad Kamera PAS telah bersiap sedia merakamkan proses pembelian undi, rasuah, sogokan dan ugutan yang bakal berlaku semasa proses pengundian pagi ini.

Jurucakap Skuad Kamera memberitahu bahawa sekurang-kurangnya dua orang ahli Skuad Kamera ditempatkan setiap Peti Undi untuk merakama onar yang akan dilakukan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.

Mereka akan merakamkan semua aktiviti tidak sihat yang bakal berlaku dan menghantarnya kepada skuad tindakan cepat untuk proses seterusnya.

Comments