BALA KEPADA RAKYAT HAMPIR TIBA

Bala semakin mendekati rakyat apabila Rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2009 dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Manakala bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan dalam sidang dewan akan datang, Mac 2010.

Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan.

Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula.

Manakala syarikat dengan perolehan pendapatan di bawah RM500,000 turut dikecualikan daripada GST.
Jika ianya diluluskan (Sudah pasti diluluskan kerana BN masih mempunyai majoriti di parlimen) maka rakyat akan menanggung penderitaan yang lebih dahsyat dengan kenaikan harga barangan.
Oleh itu saya mengharapkan kerajaan berfikir semula dan segera membatalkan hasrat untuk mengamalkan GST ini.

Comments